Kidsventure - Operasi Perniagaan June 2026
15 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 14 Jun 2026, Ahad – Seramai dua orang peserta kanak-kanak telah menghadiri sesi rakaman program keusahawanan di NADI Bengoh pada hari Ahad, 14 Jun 2026. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas pengurusan operasi perniagaan serta kepentingannya dalam dunia keusahawanan.
Sepanjang sesi, peserta menonton beberapa topik penting yang merangkumi Apa Itu Operasi Perniagaan, Kenapa Usahawan Perlu Pandai Mengurusnya, Skop Utama Operasi Perniagaan, Apa Itu Stok, Apa Itu Inventori dan Kepentingannya, serta Kepentingan Menjaga Kualiti Produk dan Barangan. Melalui perkongsian tersebut, peserta dapat memahami bagaimana pengurusan yang baik membantu memastikan sesebuah perniagaan berjalan dengan lebih teratur dan berkesan.
Program ini berjaya meningkatkan pengetahuan peserta mengenai asas operasi perniagaan dan kepentingan pengurusan stok, inventori serta kualiti produk dalam menjamin kejayaan sesebuah perniagaan. NADI Bengoh berharap pendedahan awal seperti ini dapat memupuk minat kanak-kanak terhadap bidang keusahawanan dan membantu mereka membina kemahiran berguna pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: